8 November 2019

Korea >> Joshi Tabi Day 2



30 MAY 2017
TUESDAY


Alhamdulillah, hisashiburi minna haha.....lama stop takde mood nak sharing kat sini.Tiba tiba seperti diseru-seru plak untuk menulis.Ok ,kita sambung my joshitabi hari kedua di Jeju Island.Bangun sahur jam 2.30.Subuh jam 3.30 pagi lebih kurang.Hari kedua ni,aku akan berjumpa dengan tour guide, Ko Bang Yong ahjusshi. Kim ahjusshi tak dapat jadi tour guide kitorang sebab dia dah ada orang booking awal.So,dia pass kat member dia,Ko ahjusshi.Dah siap apa semua,kitorang pun turun sementara tunggu Ko ahjusshi pick kitorang.Sempatlah jalan jalan area GH dan jalan jalan bawah Seoungsan Ilchubong.Masa malam sampai,tak nampak apa pun sekeliling tu.Bila dah pagi,buka je tingkap kat balkoni tu,subhanallah cantik sangat view ,memang dekat je. 

view dari balkoni GH
CU yang betul betul berhadapan dengan GH kitorang
sunyi sepi je suasana...tenang betul
GH kitorang, Jeju Pureon.Bilik kitorang atas hujung paling kanan
 
berlatarbelakang Seoungsan Ilchubong


di entrance Seongsan Ilchubong.Nak naik atas kena bayar 2000 won.

waratte.....
sempat bergambar dengan seorang ahjusshi.
Lepak depan CU sementara tunggu Ko Ahjusshi datang
Dalam 9 pagi,Ko ahjusshi datang.Orangnya sempoi je.Umur dalam 50an rasanya.Boleh speak japanese sikit-sikit.Kadang aku cakap Jepun sikit dengan Ko ahjusshi.Orangnya lawak +sengal sikit 😂😂.Ko ahjushhi ada dua orang anak perempuan.Anak dia lawa jiddan.Dia siap tunjuk gambar kot.Sempat taaruf sekejap.Masa mula mula naik taxi dia,dia siap tanya ,dengar tak kpop?Aku ingat kpop moden la kan.Kereta dah la model lama,yang ada tempat kaset tu.Tetibe, dia masukkan kaset,on.Sekali dengar tu dia aihhhhh,lagu disco lama lama kahkahkah!Ko ahjushhi cakap, ni lagu ahjumma disco sambil dia cucuk cucuk langit pastu ketawa.Aku cam.................krik krik krik.Yang tak leh blah,dia siap suruh kitorang joget ikut buat gaya cucuk cucuk langit dan tepuk tangan.Aku pandang belakang tengok kawan aku,si Ko ahjushhi siap senggol senggol bahu aku suruh buat,embah betullah.kitorang pun buat la sekejap,pastu lantak ko le hahahaha.Dah lah tengah pose,eh saje je kang orang tua ni.



naik taxi Ko ahjusshi kereta KIA model lama.

Ok ,kita ke destinasi pertama , Cheonjeyoun Waterfall. Bayar 2000 won untuk masuk.Kat sini just jalan jalan ambil gambar je.Ko ahjusshi pun jadi photographer kitorang tak berbayar hahaha...layan jap gambar di Cheonjeyeon waterfall.

dah sampai di Cheonjyeon waterfall




 Next, Seogwipo Marine Port.Actually, nama tempat ni lain, apa ntah dah lupa haha..Yang ni free, just sightseeing je.Bersiar-siar.Takde pun dalam iti aku.Tapi naik dengan Ko ahjushhi,memana jelah dia bawak.Pada aku,selagi tempat tu free ,ok je.



ada sorang korean tu rajin nak tolong snapkan gambar kitorang bertiga 




Next , Oedolgae Beach ,bayar 2000 won. Tempat ni popular sebab ada batu besar yang dipanggil ' Lonely Rock ' sebab dia je seketul batu besar terpacak kat situ.Batu batu yang lain tak geng sebab tu nama dia lonely (pun boleh ,hahahaa).Ada juga mitos lain tentang batu ni semasa zaman peperangan Dinasti Goryeo .Korang google jelah sendiri,malas aku nak taip panjang-panjang.Jom tengok gambar.

translate sikit
nampak tak 'LONELY ROCK' tu.seketul dia je kat situ


Ok, kita ke Jusangjeolli Cliff pula, antara tempat tumpuan pelancong kerana kita boleh lihat tebing yang keseluruhannya berbentuk hexagon.Batuan ni terbentuk lebih kurang 140,000 tahun dahulu akibat daripada letusan gunung berapi, dan cecair daripada lava tersebut mengalir ke permukaan laut dan membentuk tebing yang cantik ini.Memang cantik sangat.Masuk bayar 2000 won.





cliff , batuan seperti tiang tiang tinggi






Selepas cuci mata, kita bergerak ke Jungmun Saekdal Beach.Tempat tempat yang kitorang pergi ni tak jauh antara satu sama lain.Jungmun Saekdal Beach ni pernah dipilih antara pantai yang tidak tercemar diantara 44 buah pantai yang terdapat di Korea ni.Masuk free je.


cantik kan jungmun beach belakang kitorang tu

fefeeling jap

ahjumma bagi limau free kat Ko ahjushhi
Banyak kan tempat yang kitorang pergi harini.Dari pagi sampai ke petang.Bulan puasa lak tu.Tapi tak rasa penat pun sebab naik kete kan haha..ok,ada satu kisah.Selepas jalan jalan kat sini.Kitorang pun masuk kereta.Nampak la Ko ahjusshi ni kopek limau free yang dia dapat dari ahjumma tu.Dia pun hulur kat aku.Kitorang kan puasa.So aku kata la takpe,makan la.Lepas tu,dia hulur plak kat kawan aku dua orang kat belakang tu.Liza dan mariam pun tolak la kan sebab puasa.Si Ko ahjushhi ni pun bising,dia kata ambik je lah makan.Aku pun apa lagi,aku terangkanlah kat dia yang kitorang ni Muslim dan kena puasa.Aku explain la serba sikit barulah dia boleh terima siap cakap sorry haha..ok next destination.......

Yeongmori Coast..
Yongmeori Coast ni merupakan sebahagian dari Mt.Sanbangsan dan terletak di kaki gunung Sanbangsan dan merupakan tebing tinggi di sepanjang lautan berhampiran Mt. Sanbangsan. Pelancong dibenarkan berjalan di sepanjang tebing ni tetapi akan ditutup jika air pasang dan ketika cuaca buruk.Alhamdulillah masa kitorang datang,cuaca ok.Kita juga berpeluang untuk melihat Duyung Pulau Jeju a.k.a ‘Haenyo’ yang menjual hasil tangkapan mereka seperti gamat, sotong dan hasil laut di sepanjang pesisir pantai ni.




di belakang kitorang adalah Mt Sanbangsan

Haenyo bersama hasil tangkapan mereka.Boleh beli ye.Kitorang just ambil gambar je


Puas tengok pemandangan.Ok nak gerak ke Mt Songaksan pula.Mt Songaksan ni ada trail ye kalau korang teringin nak naik .Kitorang just nak bergambar kat area situ je.Tak lama pun dalam 20 minit je kat sana.







 Dah ambil gambar lebih kurang,kitorang ke O 'sulloc Tea.Di sini ada muzium Teh.Kalau masuk,boleh la beli teh Jeju ke,minum minum kat cafe dalam tu.Masuk kena la bayar.Tapi kitorang datang just jalan jalan kat ladang Teh dia, ambil gambar.

ada model oppa siap dengan payung merah  hahaha

ko nampak tak Ko ahjushhi tengah bz suruh Liza posing kahkahkah!

ahjumma bawang




Eh, penat plak aku taip tak habis habis.Bila nak balik ni?hahahah.ok ada lagi ni nak ke Sangumburi Crater plak.Sangumburi adalah satu kawah yang terbentuk dari letusan volcano. Masa terbaik untuk datang kesini adalah pada musim luruh dan musim sejuk.Tapi kitorang datang time nak masuk summer.Cantik jugak apa.Bayaran masuk ,6000 won.Cuma kat sini kena menapak naik.Semput jugak aku.Tapi pemandangan memang subhanallah cantik.Time datang sini,orang tak ada sangat pun.Memang best ambil gambar.



nampak tak trail belakang kitorang tu..kitorang dari bawah tau jalan,penattt

siap ada resting stop.kitorang duduk la kejap 10 minit sebelum sambung.biasalah malaysss hahaa

view memang worth it,penat pun takpo aih.
buai laju laju...
wajib bergambar kat tulisan nih

Bila dah masuk kereta,ingatkan nak balik dah.Ko ahjushhi kata kita pergi Seopjkoji Beach plak.Kitorang pun ikut je lah.Entah ni pantai keberapa harini yang kitorang pergi.Pergi sini pun kejap je.Jalan jalan ambil gambar.



Ko ahjushhi happy terlebih hahaa
Masa kat sini.ada sekumpulan oppa oppa dari mana ntah ,muda muda semua ,pakainya macam kelasi kapal.Dari jauh,aku tak nampak.Aku bole cakap kat kawan aku, 'eh tu sapa,muslim mana datang ramai-ramai ni ' sebab dari jauh topi putih tu aku nampak macam kopiah 😂😂😂
konon dapat bergambar bersama lah hahaha

mamarazi in action hahaha.diorang tak perasan pun ambil gambar curi curi

phewwww...korang rasa kitorang nak kemana lagi?hahaha..ok ni nak balik GH.Masa on da way balik tu,Ko ahjusshi stop tepi jalan,dia suruh kitorang ambil gambar kat situ.Dari situ,boleh nampak Seongsan Ilchubong.So, kitorang pun bergambo jelah.

Seongsan Ilchubong

 



alhamdulillah dah berapa tempat yang kitorang jejak harini.Puas tadabbur alam.Kalau ikutkan banyak lagi tempat tak pergi.Memang berbaloi datang Jeju.Jeju , Its all about nature.Tu trademark yang aku create sendiri huhu..
sebelum naik GH,singgah CU jap cari air buat buka puasa nanti





ni le first time aku amik gambo buat sign saranghae ni,kata kat Korea kan hahaha
Sampai bilik,jam pukul 5.30 petang.Masuk waktu maghrib dalam 7.45 malam.Balik solat apa sume,mandi.Prepare untuk berbuka plak.Kitorang just panaskan makanan instant yang kitorang bawa.Pergi Jeju memang takde sebarang makanan yang kitorang beli.Yelah pergi time puasa kan.Masuk CU just beli air je untuk buat buka puasa.Apapun,syukur alhamdulilah atas segala nikmat.

Total entrance fees untuk hari ini : 12000 won 


End of day 2 in Jeju...to be continued

No comments:

Post a Comment