16 March 2016

Japan >> Joshi Tabi Day 7 (Yokohama Hakkeijima Sea Paradise)


Assalamu'alaikum...

30 May 2016..Saturday

Sedih sikit harini sebab dah last day dapat jalan kat Jepun ni kan..sono kimochi...:(
Ok, untuk last day ,aku susun pergi ke theme park.Masa aku susun tempat-tempat yang nak dilawati kat Jepun,aku memang teringin sangat nak pergi theme park,teringin nak merasa naik roller coaster,nak tengok dolphin,pingu bagai.So aku letak dalam list.Sebelum aku decide nak ke Yokohama ni,aku search dulu kat google theme park and aquarium yang best kat Jepun ..so banyak la ,dan aku pilih Yokohama sebab tak jauh,dia ada roller coaster dan permainan yang lain serta ada dolphin apa sume tu, dan entrance fees dia pun ok la,tak lari budget, alhamdulillah.

breakfast terakhir di rumah



Terus ke Shinjuku station,simpan luggage kat locker,then terus naik train ke Yokohama.Lepas tu tukar train terus menuju ke Hakkeijima St.Turun situ,terus nampak laut.Jalan lebih kurang 10 minit,sampai la depan main entrance Hakkeijima Sea Paradise.Theme park ni selalu juga jd shooting drama-drama.Antaranya drama Mei chan no Shitsuji,scene Mei kena kejar dengan Miruku punya bodyguard haha..







Kitorang sampai lebih kurang pukul 10 pagi..memang ramai orang tgh beratur.Maklum la p waktu weekend.Hakkeijima sea paradise ni salah satu top aquarium kat Jepun.Roller coaster yang ada kat park ni adalah yang pertama di Jepun yang swing over the sea,haa gayat tahu huhu..Aquarium kat sini ada lebih dari 100,000 hidupan laut,subhanallah..Then kat sini juga ada Blue Fall yang tingginya 107 metre.Admission fee dia pula terbahagi kpd 3 bahagian. 5000 yen untuk unlimited pass ,bole masuk aqua resort dan enjoy main semua permainan.Ada pass untuk main sahaja.Ada pass untuk masuk Aqua resort sahaja ,enjoy tengok hidupan laut.Kitorang pilih unlimited pass, 5000 yen ..for futher information,refer Hakkeijima Sea Paradise pass





Beratur lebih kurang 15min,sampai turn kitorang,beli 3 pass terus.Kitorang terus menuju Pleasure Land untuk main.First,roller coaster!!teruja nih.

yg panjang pakai kat wrist sepanjang berada dalam ni..gambar sumber google

nampak tu swing over the ocean...memang seram..

roller coaster ni muat 20 orang.aku seat di second last row,sorang.depan aku tim and rie.sebelum naik,simpan barang dulu.Staff yang jaga tu nampak kitorang bertudung,dia bagi macam baju hujan untuk kitorang pakai.Memang kat situ dah disediakan.Dia hulur dan tunjuk pada tudung supaya cover dengan hoodie baju tu..MasyaAllah respect aku pada Jepun,walaupun bukan negara Islam tapi menghormati Islam dan penganutnya.So sarunglah.Sebelum roller coaster tu gerak,diorang ambil gambar.Bila dah gerak,aku berselawat berzikir je..masa mula naik tu,perlahan je,bawah tu laut,seram weiihh..pastu dia berenti kejap,terus turun meluncur laju,gilaaa!!aku menjerit,sume menjerit hahaa..pastu aku tak jerit dah,kepala dah pusing gila,tutup mata je sambil berselawat..macam ni rupanya bila naik roller coaster.Maklumla first time naik.

Ok,next,Rie ajak naik Blue Fall.Lagi gila aku cakap.Mula-mula macam tak nak naik tapi rugi plak da bayar ,datang dari jauh,enjoy je la.Meh tengok Blue Fall camna rupa..macam nak luruh jantung,tahu!

masa ni aku tengah lalu bawah ni,dengar diorang jerit-jerit kat atas tu
kitorang naik bertiga je..gambar sumber google
blue fall dari kejauhan.sumber google
Yang ni,ya Allah,bila kita dah naik,perlahan-lahan sampai atas,bole nampak seluruh theme park tu,nampak laut seramnya,.dia berenti kejap bila dah sampai top.Then ada suara ,3,2,1...masa dia nak mula bilang tu,kitorang pejam mata sambil pegang kuat-kuat,berzikir mulut aku,jantung macam nak pecah tunggu dia sebut no 3 tu,terus berdezupppppp,laju gila!menjerit kitorang haha..ko tak rasa macam ko duduk atas seat tu,rasa macam terbang,dia punya laju tu eiii...Dia stop kejap,tak sampai separuh,baru suku,belum abis dup dap,terus zzuuuup lagi sampai lebih kurang suku lagi nak sampai bawah,astaghfirullah aku kata..sapa sakit jantung bole ke rahmatullah dengan segera kat atas ni.

macam ni la..fake out drop!adusss..gambar sumber google
Selesai,the worst experience aku rasa haha..tapi memang best.try lah hehe..next,kitorang naik Hakkeijima Tower plak,macam naik menara Taming Sari kat Melaka tu lah..layan jap view dari atas..







Turun dari menara,kitorang rehat jap..kitorang terpusing gakla mana nak cari tempat solat yang tersorok sket..nampak la satu tangga tu,orang tak berapa lalu sangat.Tangga tu terlindung dengan pokok-pokok.Aku solat kat tangga tu je.Alhamdulillah selesai solat,kitorang terus ke Aqua Resort nak tengok hidupan laut lak.First nampak dolphin,ya Allah teruja aku,tercapai impian haha..kebetulan trainer situ ada wat show ngan dolphin dolphin tu,dapat la tengok kejap dan dapat sentuh dolphin masa dia berenang dekat dengan tepi kolam tu.




 




sengih memanjang aku dapat tengok makhluk Allah yang ni,kawaiiii!





Ok,kita ke Umi Farm plak..sini takda apa sangat,round round je kat sini.






Kita ke Fureai Lagoon lak..sini ada seal,walrus ,pingu pun ada..




orang beratur untuk pegang seal dan bergambar dengan pingu







masa masuk kena basuh tangan dan nak keluar pun kena basuh tangan.



ingatkan nak keluar masa ni,lepas tu terdengar riuh-riuh org bertepuk tangan,patah balik,rupanya ada show.Tapi kitorang tengok dari atas je.Nak pusing bawah macam jauh,masa pun dah lewat.dah pukul 5 petang.










ramai dah beransur pulang...









Dah relax-relax tepi Yokohama Bay ni,kami pun bertolak balik ke Shinjuku St.Sampai sana agak lewat.Sebelum ambil luggage,kami solat maghrib isya'dulu kat station.Solat di sebalik deretan luggage locker,orang takda sangat kat situ.Alhamdulillah dah selesai solat,kami sepatutnya naik NEX Narita untuk ke Narita Airport terus,Allah izin takda.sampai pukul 9 je.So kami mcm dah lost.Tu la,sapa suruh ko berangan lama sangat kat Yokohama tadi,rasain lo!Masa dah abis solat tu,station agak riuh macam kelam kabut.Rupanya baru keluar berita tadi,ada gegaran,tapi skala rendah la.Takut juga masa tu.

Kitorang pun naik balik kat station,keluar dari Tokyo St tu..ha dah nak balik,baru nampak rupa haha..




Masa keluar tu kitorang nampak bas.Bas tu baru berhenti seberang jalan,nak ambil penumpang.Kitorang tak fikir apa dah,dengan luggage besar tu kitorang heret sambil berlari-lari anak main lintas je jalan tak ikut zebra crossing tu,teruk betul.Nihon jin kat situ tengok je kitorang yang kalut-kalut nih..peduli apa aku masa tu.Bila Tim sampai situ,tanya ,rupanya dia tak ke Narita.Dia p tempat lain.Kitorang macam.......Allahu...Kitorang pun patah balik seberang jalan.Kat situ ada banyak deretan taxi.Nak naik taxi,mahal sangat.Lagikan nak ke Narita yang jaraknya lebih kurang sejam.Kitorang bincang-bincang,Tim kata dia ada duit lebih banyak lagi.Takpala kalau da takda choice,naik je la taxi pinjam duit Tim dulu haha..

Kitorang pun tanya sorang driver taxi tu,kalau ke Narita berapa tambangnya.Uncle cakap 2****..kitorang telan air liur je la..kitorang setuju,then uncle tu panggil member dia,dia ckp nihon go la.Dia kata kat member dia,' diorang ni nak ke Narita.Jadi,bole tak ko tolong hantarkan.Ko tolong aku ye,aku berharap pada ko je ni,' dan dia siap sebut harga dan kata pada member dia supaya terima harga tersebut...macam tu la yg aku faham...so  member dia angguk-angguk tanda setuju dan bawa kitorang ke taxi beliau..masya Allah baik sungguh nihon jin terima kasih banyak,syukur Ya Allah.Alhamdulillah,bergerakla kitorang meninggalkan bandar Tokyo dengan menaiki taxi.Merasa kitorang naik taxi jepun hehe....Sampai Narita,dah pukul 10 mlm.senyap sunyi,kedai pun da tutup.Perut kitorang lapar betul.Ingatkan kalau awal nak merasa makan kat restoran halal La Toque tu.So beli aje onogiri kat 7e..pastu cari tempat tido.Ramai rupanya pelancong yg flight diorang mcm kitorang esok pagi,tido kat situ.Alhamdulillah kami rest la kat situ juga.Aku tido-tido ayam je.


dalam mimpi je la..punya berangan dari malaysia sebelum balik nanti,nak try..

Keesokannya ,pukul 4 aku dah bangun,cuci apa semua,solat,lepas tu baru kitorang turun terus ke tempat check in.





Yeaaa,masa ni tiba jua.Perasaan memang sedih,aku la.Rasa macam tak nak balik,nak duduk lama lagi kat Jepun,tapi apakan daya..haha...aku tahu,mesti perasaan org yg pergi melancong kat mana-mana pun,time nak balik,mesti tak best..lagi la negara Jepun yg sgt aku cintai ,poyolah..


Last,gambar terakhir kitorang kat Jepun sementara tunggu flight...31 Mei 2015

 
Mou ichido,Alhamdulillah ,syukur ya Allah kerana tunaikan impian aku.dan syukur Ya Allah kerana memudahkan perjalanan kami selama seminggu di sini.Banyak benda positif yang aku dapat semasa di Jepun.Terima kasih banyak kepada my tomodachi,Rihanah dan Fatimah kerna bersetuju untuk sama-sama bermusafir di bumi sakura ni,sama-sama berpenat lelah,pusing sana sini,lapar sama-sama haha..pengalaman berharga dalam hidup,pergi melancong sendiri tanpa tour guide,tanpa travel agent,alhamdulillah..itsuka kitto ,mata nihon ni modotte kimasu,in sha Allah..(betul tak ayat jepun tu,kalau salah tolong betulkan)..Sampai malaysia pukul 4.30 petang,alhamdulillah..

saigo ni,sayonara japan....