14 March 2016

Japan >> Joshi Tabi Day 5 (Ginza - Asakusa - Harajuku - Tokyo Camii Mosque - Tokyo Tower - Tokyo SkyTree)


Assalamu'alaikum ,minna! :)

28 May 2015..THURSDAY

Lama stop menghupdate blog nih,haha..Alhamdulillah nak teruskan pengalaman hari ke 5 di Jepun.

Tempat pertama yang kitorang tuju ialah Ginza.Dari Yotsuya Sanchome ke Tokyo St,ride Tokyo Metro Marunouchi Line ,170 Yen .13 minit dah sampai.Sampai di Tokyo St, kitorang beli 1 Day Tokyo Metro Pass yang berharga 710 Yen lebih kurang RM22.00 duit kita.Pass ni valid untuk one day only dan free ride laluan Tokyo Metro Line sahaja.Boleh beli di machine ticket di mana- mana stesen Tokyo Metro.Valid pada hari pembelian 1 hari je.So jimat guna pass ni.

Dari Tokyo St ke Ginza,naik Tokyo Metro Marunouchi Line.Sampai stesen Ginza,turunlah.17 minit je.Sampai sana pukul 8 lebih ..Ok,Ginza ni banyak butik-butik jenama terkemuka,department store,semua jenama mewah-mewah la senang crita.Kitorang memang jalan-jalan kat Ginza ni sekejap je.Cuci-cuci mata hehe..Memang terpegun la tengok kedai mewah-mewah..maklumlah orang kampung kan haha..

Bangunan Dior










Kedai Apple..awal-awal pagi org beratuq dah nak masuk,perghhh
Destinasi seterusnya ke Asakusa la kite..tempat popular pelancong untuk beli omiyage..Dari Ginza terus ke stesen Asakusa dengan menaiki Tokyo Metro Ginza Line selama 17 minit,sampai ke destinasi.

Sampai dah Asakusa...cari-cari jugak mana lorong nak ke Nakamise Street tu..Sebelum sampai Nakamise Street,kita akan lalu Shin Nakamise Street.

Shin Nakamise Street

Baru la kita akan jumpa Nakamise Street.Tarikan utama Asakusa ni ialah Sensoji Temple.Temple Buddha.Sebelum masuk ke Sensoji Temple tu,ada gate besar yang ada tanglung merah besar tu ha.Yang tu dipanggil KaminariMon.Sepanjang laluan nak ke gate tu ada laluan kedai-kedai banyak tu namanya Nakamise Street,ha gitu..Masa kitorang pergi sini,memang full gila.Banyak pilihan.Nak beli tshirt ,keychain,fridgemagnet,chopstick,mug,terompah jepun,chokin plate semua ada.Aku memang beli omiyage semua kat sini.

Nakamise Street
Gambar bawah ni KaminariMon.Aku tak masuk pun Sensoji Temple.Cuma masuk melepasi gate ni,amik gambar je.









Ok,kita masuk jap..amik gambar dari belakang plak..


Ramai tourist dalam Sensoji Temple.
Dah ambil gambar lebih kurang,baru kitorang memulakan pencarian omiyage.Lama gak la kat Asakusa.Aku beli 3 tshirt kat sini,untuk adik beradik lelaki n ayah,aku beli kat Narita Airport haha..Yang bestnya kat Jepun,ko beli omiyage,dia siap bungkus.Dia bagi pembalut.Kalau beli banyak,dia siap bagi extra.So nanti ko nak bagi orang,ko tinggal masukkan je,senang kan.Baguihla jepun suka memudahkan orang lain haha...jap lagi satu gambar,nak jugak :p

Muka puas hati dapat beli omiyage haha
Seterusnya ke Harajuku.Angkutla plastik-plastik beli Omiyage tu sampai ke malam.Penat jugak,sapa suh beli banyak-banyak haha..

Kalau ikut dlm itinerary asal,selepas ke asakusa,terus nak ke Masjid Tokyo tu,tapi tengok jam masih awal lagi,so kitorang ke harajuku dulu baru ke masjid...ok jom ke Harajuku..aku tak larat nak taip naik line apa,pepandai korang la cari haha...ok sampai dah Harajuku..Harajuku ni biasa terkenal denan pusat fesyen muda mudi jepun,gaya fesyen pelik-pelik sume ada kat sini..tu pemandangan biasa.Tarikan lain di Harajuku antaranya, Meiji Shrine, Yoyogi Park dan Yoyogi National Gymnasium.Sebenarnya banyak lagi ,tapi kitorang tak p pun.Just berjalan kat Takeshita Street je.Layan gambar bawah ni :)








Sampai dah kat Takeshita Street.
 

Aku nampak dah kedai crepe nih..memang hajat g sini nak try crepe hehe..
Ha!ni la Marion Crepe,kedai crepe paling glamour..kitorang beli kat sini
Tengok display crepe dia..perghhh.tak tau nak pilih yang mana

Last-last beli yg paling murah,300 yen,crepe chocolate hahaa!
Lepak jap kat tangga,makan dulu,lapaq kot tak makan apa-apa lagi lps sarapan pagi tu
 Masa ni dah hampir pukul 3 petang..lepas makan crepe,jalan lagi kat takeshita street ,nak jalan sampai hujung street.umat manusia,MasyaAllah punyala ramai..lagi gambar..

jeng,jeng jalan-jalan je terjumpa kedai jpop..
nak je masuk tapi takut tak keluar-keluar kang hahaha

bergambar kat depan je

Takeshita Dori
 
kenangan di depan Takeshita Dori hehe
ok selamat..nak ke Tokyo Camii plak kat Yoyogi Uehara..sampai je stesen tu,jalan terus ke kiri,then ada traffic light,lintas dan terus je..Masjid tu ada di sebelah kiri.Memang betul-betul tepi jalan raya.Tak jauh sangatlah dari stesen.ada la dalam 10minit jalan.Kitorang solat zohor asar kat sini,rehat-rehat jap..

Tenang sangat bila dah masuk masjid..Alhamdulillah Islam makin berkembang di bumi sakura ni.Banyak je masjid kat Jepun sebenarnya,antaranya yang ni la..Moga lebih ramai lagi rakyat jepun yg tertarik hatinya dengan Islam seterusnya menganut agama mulia ni,in sha Allah...harapnya dapat la bertemu jodoh kat masjid ni..sampai ke sudah hahahahaha!








muka ada 'nur' selepas menunaikan solat.nampak tak??haha
Alhamdulillah selesai solat,kami nak ke pergi tengok Tokyo tower..rugi pergi Tokyo tapi tak pergi tengok tokyo tower sama la mcm masjid ni juga,rugi sangat kalau tak singgah..jom,jom..keluar dari stesen nak ke sini,jalannya mcm mendaki..mcm ko naik bukit hahaa..penat jugakla.



Tokyo Tower ni struktur kedua tertinggi di jepun dengan ketinggian 332.9 m.Tinggi tu.Kitorang tak pergi sampai betul bawah tu,tengok dari jauh je.Setakat dapat tengok,ambil gambar lebih kurang  pun okla dari tak pergi langsung kan.Banyak la scene drama-drama jepun buat kat sini.







Dah ambil gambar lebih kurang,kitorang nak tengok Tokyo Skytree plak.Plan asal aku kalau ikut itinerary ,aku nak ke Ebisu..ala tempat scene hana yori dango tu,kat tugu jam ,Marionette Clock Square namanya .Tempat tu masa first time matsujun dating dengan inoue haha...malangnya da penat dan takut tak sempat,aku pergi tengok tower-tower ni jela..bila da balik,nyesal tak pergi hahahaa..Kitorang sampai kat sini dah pukul 6 lebih.

tak p dekat pun,just lepak kat bawah ambil gambar je.
Tokyo Skytree ni the tallest tower in the world tau dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa kat Dubai tu dengan ketinggian 634 m.





Kitorang balik ke stesen hampir pukul 8 mlm.hari pun dah gelap..masuk train ,orang tak berapa ramai lagi,so dapat la bergambar jap..orang kampung kan jakun haha..


Alhamdulillah ..tamat sudah cerita hari ke-5..to be continued...

No comments:

Post a Comment