19 October 2017

Korea >> Joshi Tabi Day 1 (IPOH - KLIA2 - INCHEON AIRPORT - GIMPO AIRPORT - JEJU AIRPORT - SEONGSAN)

29 MEI 2017
MONDAY

Ok, flight kitorang 29 MEI ,8.00 A.M. Dari stesen bas Ipoh ke KLIA2 jam 9.30 malam.Sampai KLIA2 pukul 1.30 pagi.Tidur kat surau.Bangun sahur pukul 4.00 pagi,bersiap apa sume, Solat Subuh.Pukul 7.00 pagi dah masuk kat balai perlepasan.Perasaan masa tu jangan cakap la, happy tak sabaq weh nak travel haha..Joshitabi starto!!

muka happy baru turun dari bas.beg aku yang galas depan dan luggage.Yang belakang tu,khas letak makanan saja.Berat jiddan

 

Naik AAX je mampu


 Allah izin, flight delay dalam 40 minit lebih kurang,jadi lebih kurang 8 lebih baru fly.Touchdown Incheon ariport jam 15.30 petang waktu korea.Dah lepas imigresen apa sume,terkejar kejar nak beli T-Money kat CU.Sampai je,dah ambil luggage,terus cari CU.Dah beli t-money, topup terus 30000 won.Settle, turun bawah naik train untuk ke Gimpo Airport lak.penat weh.Puasa plak tu.masa tu dah pukul 5 lebih.Flight Jeju pukul 7.25 petang.

sampai incheon kena naik train untuk pick up luggage
ok nak cari CU

Dah sampai subway tunggu train untuk ke Gimpo airport.Dalam 10 minit tunggu, sampai.Takde seat kosong,terpaksala berdiri,menguji betul,sebab penat ya amat hehe.Smpi Gimpo dalam 6.20 petang.Terus naik atas untuk ke kaunter tiket.Aku da beli online siap siap tiket ke jeju.Sampai je kaunter,terus tunjuk yang aku da print out,dia bagi tiket.Kitorang naik eastarjet.Sementara tu,dapat la rest sekejap sementara tunggu flight.Perjalanan dari Gimpo ke Jeju airport lebih kurang 1 jam 10 minit.Kitorang sampai Jeju, 8.45 malam.

merasa naik local flight kat korea.

kitorang je foreigner yang malaysian la rasanya dalam kapal tu.dapat seat depan baris kedua.

eastarjet ada service free drink,air masak je pun.Time ni dah 7.45 malam,dah masuk waktu buka.Kitorang berbuka dengan air masak ni je.alhamdulillah nikmat wehhhh

sampai Jeju airport

Sebelum pergi,aku ada email sorang ahjusshi ni, Mr Kim.Kitorang pilih untuk sewa taxi selama 2 hari.nak lagi adventure,bole drive sendiri,sewa kereta kat Jeju.Kitorang nak mudah,sewa je taxi. Mr Kim balas email dia kata,dia tak dapat jadi tour guide kitorang sebab dah ada orang lain booking.So, dia bagi pada kawan dia Mr Ko Bang Yong.Mr Kim cuma dapat pickup kitorang kat airport dan hantar ke guesthouse je.Untuk tour esoknya dan lusa,kawan dia yang jadi tour guide kitorang.Masa tiba di jeju airport tu,Mr Kim da tunggu kitorang sambil pegang playcard yang ada nama kitorang bertiga.Rasa cam retis lak hahahaha..

ok nak naik taxi Mr Kim.merasa naik SUV besar kat Korea hahaha..korea driver seat sebelah kiri hokay.So aku duduk seat kanan rasa macam pelik plak

Perjalanan dari Jeju airport ke guesthouse yang aku booking tu dalam 1 jam.Memang agak jauh tapi pemandangan  memang superb.Guesthouse ni berdeketan dengan salah satu tarikan di jeju iaitu Seongsan Ilchubong.Sambil naik tu,sembang sembang la sikit dengan Mr Kim.Mr Kim siap bukak youtube kumpulan EXO .Dia siap tanya,korang kenal tak ni siapa?hahahahahaha...kitorang bukan layan kpop pun,senyum aje la..best je layan angin malam jeju.Open air,buka tingkap.Mr Kim tak pasang aircond.

ni kad mr kim.aku pilih mr kim sebab ramai antara blogger yang rekomen.Ada la beberapa blog tu,aku baca diorang guna servis Mr Kim ni
 Sampai guesthouse,owner takde,keluar kejap.Nampak la nama aku kat board tu beserta nama bilik, 306.Mr Kim tolong kitorang angkat barang naik tingkat 3.Kitorang say tq pada Mr kim.Tak sempat nak amik gambar.Tak lama tu,owner sampai,eunni, nama apa ntah lupa.Dia ucap welcome kat kitorang,kitorang memang dah penat yang amat.Suasana sunyi sepi dah pukul 10 malam baru sampai.Yang bestnya,ada CU betul betul berhadapan dengan GH kitorang.Lepas letak luggage,kitorang turun g CU untuk beli air mineral.Aku beli kopi barista.Kawan aku beli banana uyu.Dah siap mandi,solat dan makan, pukul 11 lebih baru kitorang tidur.Jam 2.45 kena bangun sahur.Subuh masuk 3.20 pagi.16 jam weh kitorang berpuasa.Lama ke lama??hahahaa

spot my name??

dinner.nasi brahims dan sambal goreng mak aku

benda wajib beli kalau sampai kat korea

im coffee lover,so cari kopi dulu


end of day 1..







Persediaan ke Korea

Macam biasalah, sebelum nak travel,banyak preparation yang kita kena buat.Tak payah la aku nak sebut,semua tahu kan kena bawa apa untuk travel.Lebih lebih lagi nak travel sendiri tanpa tour guide dan tidak ikut mana amna pakej.Aku sebagai ketua rombongan haruslah buat yang terbaik kan hahhha..kitorang dah buat pertemuan masa bulan mac cuti sekolah sebab kawan aku mariam pun seorang guru juga.Kitorang buat pertemuan di Ipoh ,stay rumah mariam.sambil tu jalan jalan Ipoh sekali.Kitorang bincang barang yang perlu dibawa,itinerary yang aku da rangka sikit sebelum pertemuan tu.Layan gambar jap.Sebelum flight kitorang pada 29 Mei, 2 hari sebelum tu, 27 mei, aku turun ipoh lagi.Masa tu baru first ramadhan .Dari ipoh ke KLIA2 naik bas 9.30 malam.

jalan jalan kat Jeti lumut

antara makanan yang kitorang makan 


Antara barang yang kitorang bawa ...

barang aku

antara makanan yang dibawa.Ada lagi tak masuk gambar hahhaha


Aku stay kat ipoh 2 hari.Sempat la bincang bincang sikit.

Kali ni,aku dah tak kekok sangat nak prepare sebab dah ada pengalaman travel jauh ke Jepun sebelum ni,alhamdulillah.ok see you in next entry

Ke Korea Kita



Assalamualaikum minna san!lama bebeno tak mengupdate blog sejak last post pasal travel ke Jepun haha gomen,gomen.


Alhamdulillah tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki ke Korea.Sebenarnya berangan nak ke korea selepas balik dari Jepun means, tahun 2016.Tapi fikir fikir balik,2016 nak settlekan lesen memandu guna duit gak kan.so tangguhkan dulu ke 2017.So,alhamdulillah jadi kenyataan.Travel partner nak ajak Tim,tim da kawin,ajak Rie.Rie ada plan lain.So aku teringat la kawan aku yang masih single mingle, liza dan mariam.Alhamdulillah,ajak,diorang on je,so aku pun start study untuk trip kali ni.Pilih Korea bukan sebab ada kaitan dengan k-drama apatah lagi k-pop,aku bukan layan pun.Aku pilih korea sebab Korea salah satu pesaing Jepun hahaha..Korea ni kalau boleh diorang nak 1 step ahead dari jepun.orang selalu compare dua negara ni kan.Mereka hebat dari segi teknologi,pembangunan dan banyak lagi la.So aku nak tengok la sendiri kan.so here i am..