11 September 2015

Japan >> Joshi Tabi Day 2 (Osaka Housing and Living Museum - Osaka Castle - Tenpozan - Shinsaibashi - Dotonbori)


Assalamua'alaikum..

 25 May 2015.... MONDAY

Alhamdulillah start hari kedua pula.Hari kedua ni round Osaka je.Bangun 4.30 a.m utk solat subuh.mandi,sarapan dan bersiap.Dalam pukul 8 a.m,kitorang keluar rumah.Tiap hari mcm tu.Dalam beg wajib ada passport,JR pass.wallet,sejadah kecik,botol mineral,monopod,kamera.itinerary,jajan ringan buat kunyah2 tambah tenaga.

Bermulalah hari jalan sedunia.Kluar rumah,baru nampak kedai2 org dah buka.Maklumla sampai mlm,kedai pun da tutup.Nampakla Nihon jin berbasikal,berjalan,ada yg berlari ke stesen nak g kerja.Ada gak bebudak high school. Jalan 10 min ke stesen senbayashiOmiya.Beratur sama-sama Nihon Jin masuk train,sesak-sesak, aku teringat terus drama jepun yg aku biasa layan,hahaha..lagila kalau nampak bbebudak high school :p.Dari situ ke ShigashiUmeda,kitorang ride Osaka City Subway Tanimachi Line dlm 11 min,baru sampai.Kitorang cari info center sebab nak beli Osaka Amazing Pass yg berharga 2300 YEN ,lebih kurang RM71.00 duit kita. Tak tahulah harga sekarang da naik ke or still sama.Pass ni jimat.Bole guna naik train free dan masuk tempat-tempat tertentu free je takyah bayar.Minna bole refer Osaka Amazing Pass.Ok ,sekarang nak ke Osaka Museum and Living House.So tukar line ke Tenjimbashisujirokuchome station,panjang gila nama,Roku chome tu 6 chome.Sana banyak 2 chome la,3 4 5 9 chome.4min je dlm train dah sampai.Kuar dari subway tu cari exit,naik tangga,kluar,kat tepi tu je bangunannya.Senang je.Masa sampai ,lum buka lagi sebab buka pukul 10 a.m.Memang sharp time kul 10 je dia buka.Ramai gak tourist da tunggu nak masuk. Masuk kena beratur.
Osaka Amazing Pass
Dalam ni bole sewa kimono bayar 200 Y je.Jalan2 dlm museum tu sambil berkimono.Bole pilih sandal dan beg utk pakai.Aku memang dari Malaysia da berangan nanti nak pakai.Tim nak juga tapi Rie taknak.Tanya nak pakai pergi mana,kena p level bawah.Bila da masuk,ramai la plak org beratuq nak pakai.Full haaa,kuyashiiiii!So aku pun ckp kat Tim takyah berangan lah nak pakai.Lambat nak tunggu.Kita ni org kampung takyah nak berkimono bagai hahaha..

So,takpolah.Round-round dalam tu,museum tu ada replika2 masa edo period tuh.Jepun lama.Tak lama pun dalam tu,tak sampai sejam kitorang kluar utk ke destinasi seterusnya ke Osaka Castle.









  Ni kat tunnel luar dari bangunan museum tu.Jepun byk shopping tunnel mcm ni
Dari Tenjimbashisuji 6 chome ke Sakaisujihommachi ,naik Osaka City Subway Sakaisuji Line  dan dari Sakaisujihommachi ke Morinomiya St. naik Osaka City Subway Chuo Line.6 minit je perjalanan tapi tukar train.Dari pg sampai petang ride train mmg free guna Osaka Amazing Pass tu.Just cucuk pass tu kat laluan macam biasa.Sampai station Morinomiya, da nampak exit tulis Osaka Castle.Just follow je sign tu kluar dari subway.

Bermula la adegan berjalan yg azab jauh jugak la.Hampir 20 minit lebih ko jalan,lepas jumpa bukit,jumpa tangga baru ko nampak Osaka Castle tu.Ramai gila orang.Pusing-pusing bawah tu je.Tak naik atas Osaka Castle tu,malas huhu...lama gak kitorang kat sini.Solat dan rest.Kitorang ada beli ais blended mangga 3** yen lebih tak silap.Hilanglah haus tu sket.Pusing nak cari port lepak dan solat.Kitorang makan apa yg ada.Tim tukang bawa makanan dalam beg.Ada roti,coklat,serunding,bahulu mini dan sambal goreng mak aku.So jumpa la satu area ni,bersih dan tak berapa ada org sgt.Amik wudhu guna sebotol mineral yg kitorang bawa.Gilir-gilir berwudhu sbb kena ada tukang cover masa berwudhu tu.Memang peruntukkan masa 2 jam kat sini.Dalam 2 lebih tu kitorang nak ke Tempozan lak.Layan jap gambar bawah ni :)Pemandangan nak ke Osaka Castle dan di Osaka Castle.















Ni je untuk lunch orang kampung,alhamdulillah
Mak Jemah yang keletihan...nikmat betul dapat duduk
  Tempat kitorang solat,bersih kan




 Next destination ke Tempozan.Dari Morinomiya St. ke Tenpozan naik train Osaka Subway Chuo Line ke Osakako St.Perjalanan 17 minit je dah sampai.Kat Tempozan ni ada Osaka Kaiyukan,ada Osaka Port,sini juga kita bole ride Tenpozan Ferris Wheel n ride Santa Maria,semua free dgn Osaka Amazing Pass.Kitorang naik ferris wheel dulu tak sabo.huhu..lepas tu baru ride santa maria.








view from ferris wheel..eh nampak Lim Guan Eng,tu jambatan Penang haha




Lets ride Santa Maria Cruise..masa ni dah pukul 4 lebih..



Osaka Kaiyukan.Kaiyukan tu akuarium..









 Alhamdulillah bestnya!Jam pukul 5.15 kitorang nak ke Shinsaibashi n Dotonbori plak.Dari Osakako St ke Hommachi naik Osaka City Subway Chuo Line.Sampai Hommachi kita tukar train plak untuk ke Namba Minami ?eh silap (namba senpai dalam HanaKimi) haha..nak ke Namba St ,naik Osaka City Subway Yotsubashi Line.Tempat yg kitorang tuju ni tempat popular,aku nak cari trademark Glico Man tu.wajib amik gambar depan tuh hehe...

Dah sampai,exit subway,naik tangga,kena seberang jalan,ada tunnel di situ,kitorang pun masuk.Sesak betul manusia.Jalan lagi,jumpa tunnel lg.Tunnel shopping,kitorang pun jalan-jalan pusing2 situ,jenuh gak tak jumpa-jumpa Glico Man tu.Masa tgh jalan tu,aku tertoleh belakang belah kiri,waaaaaa da jumpa!ramai org bergambar tepi tu,diorang bergambar bahagian atas river tu.Kitorang turun tangga bawah tu,takde orang lagi betul-berdepan dengan Glico Man tu.Hari mula gelap da nak pukul 7.





Ada Nino kun di situ hehe..

Ni la Glico Man trademark kt Osaka
Nak jugak :p







 Dah bergambar,jalan dah lama,perut lapaq weh.So Tim kata nak cari tourist info,bole cari restoran halal area ni.So kitorang pun jalan,alhamdulillah jumpa.Kansai Tourist Information Centre.Kitorang masuk,tanya lebih kurang,dia bagi pamphlet psl Halal Restaurant area2 Kansai.Dia bgtau ada Imai Restaurant.Bole try udon halal.Aku excited nak try.


Vending Machine,panjang kot.Macam macam air ada.
Lorong tempat Tourist Info Centre.mcm tersorok sket tempatnya.

 Then,kluar jalan lagi nak cari restaurant tu.Dan lagi satu,aku tringat Jejak Jepun Zizan tu,ada mamat takoyaki area ni la.Zizan buat lwk,pekena dia.Mentang-mentang org tu tak faham bhs kita,zizan ckp apa pun,org tu asyik,Yes,yes!hahaaha..aku gelar mamat yes.Aku pun try la nak cari area situ.Jumpa ke tak,nanti noh hehe..
Misi mencari mamat yes takoyaki

Jeng,jeng jeng....tu dia nampak dah kedai Takoyaki besaq gak la dalam dia.Nampak dari luar..kedengaran suara org riuh ajak customer masuk..



 Tu dia abang yes takoyaki!jumpa pun..hahaha


 Dia nampak kitorang tengok sbb kitorang memang stop tepi kedai tu,dia pun teguq ,'SELAMAT DATANG!JEMPUT MAKAN TAKOYAKI,SEDAP!kitorang,aik pandai plak ko speaking Malay.Ni mesti zizan yg ajar nih haha...Tim pun ckp,takpa.Nanti jap lg kitorang datang sini lagi,baru beli.Tim ckp english la.Dia pun,ok ok.Dia baru nak jalan,kitorang teringat nak tanya mana Restoran Imai tu.Dia pun ckp,' ok,follow me'..kitorang pun follow,jalan depan sket je restoran tu belah kiri,alhamdulillah tq naa brother yes hahaha..So masuk Imai restaurant.Kitorang makan kat tingkat atas.
Imai Restaurant



Order la apa lagi...
Aku order udon daging itik haha..kat malaysia aku tak pernah makan itik,kat Jepun aku makan huhu...Rie order udon apa ntah.Tim order apa ntah aku tak ingat juga.

Udon Itik..sedap gak.
Tim punya..
Dah kenyang,bayar la.takkan ko makan free pulak kan.Aku punya tu 13** yen lebih.
 Dah kenyang,keluar nak balik,singgah jap kedai takoyaki tu.Beli dlm 10 ketul tak silap.Tim yg p beli.Sempat tengok sat pekerja kedai tu buat takoyaki,cepat dan tangkas.Bila dah bayar,mamat yes tu cakap 'TERIMA KASIH,SILA DATANG LAGI'...waklu.kalau aku duduk kt Osaka confirm aku dtg lagi haha..Round-round lagi sebelum balik.Masa ni dah pukul 9.Penat memang la takyah sebut.Tapi seronok sangat memang berjalan sakan.








Ada Maruyama Ryuhei di situ haha (KANJANI 8)

Sakan jalan kat Dotonbori nih..ok masa dah cukup.Nak balik ke SenbayashiOmiya nih.Dari Namba St. ke Tanimachikyuchome St. naik Osaka City Subway Sennichimae Line.Sampai Tanimachi 9 chome, tukar naik train Osaka City Subway Tanimachi Line ke Sembayashiomiya St. Dalam 25 minit je dari stesen Namba tu ke tempat kitorang.Yang ni kena bayar tiket, 280 Yen sahaja.Dah penat ,kena menapak lagi,naik tangga,jalan,jalan,lapan dan lapan lagi.Hari kedua dah boleh hadam.Memang jepun,asal kuar rumah je, jalan jauh,tangga,train.Train,jalan,tangga.Jalan je dari pagi sampai malam huhu..Kalau bole tengah tido tu pun nak jalan hahaha..jepun,jepun..Sampai rumah pukul 9.45 mlm.

Tamat sudah Day 2......Hari ke 3 ke Kyoto plak...............:)





















































No comments:

Post a Comment