8 September 2015

Persediaan ke Jepun

Assalamu'alaikum minna!

Ok, sekarang nak share preparation aku untuk ke Jepang .Macam tu juga kehidupan,kita kena sentiasa bersedia kan.Dunia hanya sementara,jadi persediaan kita utk ke alam seterusnya tu bagaimana??Ini baru persediaan duniawi je,utk ukhrawi kena lagilah ..peringatan utk diri ini jugak.Tiket dah,tempat pun da booking, duit pun dah tukar.So bawah ni antara persediaan-persediaan lain yg aku buat sebelum aku settlekan benda-benda yg aku sebut sebelum ni

1. First,kena study lebih la tentang Jepun.Sedikit sebanyak budayanya,sapaan-sapaan yg mudah terutamanya perkataan "sumimasen' (excuse me).Ini kalimah keramat la kira haha..kalau ko nak bertanya ,sebut perkataan ni dulu,nanti cepat je diorang balas hehe..Search tentang apa yg boleh dibuat/tak bole buat ketika berada di sesebuah negara tu.Search juga tempat-tempat yg kita nak pergi tu.Kalau nak try makanan diorang kat restoran ke apa,search la restoran halal yg ada di area yg korang nak pergi tu.

2.  Pilih musim apa ko nak pergi.Haru natsu aki fuyu,(spring,summer,winter,fall).Aku memang nak pergi masa mei sbb masa tu cuaca dia mcm cuaca kat malaysia..dan masa tu kita pun dah cuti sekolah (malangnya terbeli tiket awal,hahaha),so dpt la lama sket kat jepun.

3. Passport.Benda paling penting ko kena bawak.Dulu ke jepun kena ada visa.Berkuat kuasa 1 Julai 2013, Kerajaan Jepun telah beri pengecualian permohonan visa untuk Warganegara Malaysia yang mempunyai pasport biometrik.Pengecualian visa ni hanya untuk warganegara Malaysia yang mempunyai pasport biometrik yang mempunyai pematuhan ICAO mikrocip tertanam di dalamnya (dikeluarkan sejak Februari 2010). Bagi warganegara Malaysia yang takde pasport biometrik, mereka masih perlu memohon visa menurut Kedutaan Jepun di Malaysia. Pengecualian visa ni sah kepada pengunjung yang berhasrat tinggal di Jepun tak lebih daripada 90 hari.Bagi tempoh lebih 90 hari, visa perlu dipohon terlebih dahulu.Alhamdulillah,kalau sekarang still guna visa alamatnya mmg tak la aku jejak jepun nih.Make sure passport masih valid 6 bln sebelum tarikh luput.Aku guna passport yg aku buat thn lps masa nak ke Brunei.Tamat tempoh Mac 2016.

                                             Passport Malaysia ,Gambar ihsan google

4.Japan Rail Pass.Ni pun penting.Ni kalau ko jalan sendiri la.Kalau tertinggal,padan muka ko kena bayar tiket2 shinkansen yg mahal tuh hahaha..



5. Makanan.Kitorang kononnya nak jimat,so bawa makanan sendiri dari sini.KItorang bahagikan la 3 org .Macam-macam gak aku beli.Bila sampai rumah Tim,nak satukan dalam beg,tu diaaaaa,terus penuh.Tu belum campur yg Rie punya.Murah rezki kitorang.Last-last,bawak 1 luggage besar khas utk makanan.Paling popular Brahim la kan.Aku beli nasi impit(rebus siap2 kat sini),serunding,sambal goreng mak (mak aku buatkan utk kitorang,terharu nak),coklat,sup cendawan,roti sandwich,tuna spread,bijirin.Suka hati koranglah nak bawa apa.



6.Ubat-ubatan.Aku cuma bawa panadol,pil cirit birit,vicks,minyak kapak,yoko-yoko dgn hansaplast.Lupa nak bawa minyak panas buat urut-urut kaki.Kaki ni organ utama tahu kalau ko berjalan kat Jepun.Ada lagi ubat lain kalau nak tambah.Aku cuma bawak yg ni je.



6.Pakaian ko bawa ikut musim dan secukup rasalah.Kalau pergi macam musim aku nih,takkan ko nak bawa baju waktu winter lak kan.Tu bijak bestari namanya.Pandailah nak susun ikut bil hari nak pergi.Takkan tu pun aku kena ajar:p

7.Travel Adapter.suis kat negara orang lain dari tempat kita.So kena la bawak.Kalau tak,haru ko nak cas gadjet-gadjet semua tu.

8.Kamera + monopod.Pergi tempat orang,mestila nak bergambar sakan kan utk abadikan kenangan..Jangan lupa bawa.Aku bawa kamera Nikon je.Kamera hp Lenovo aku ni pun banyak jasanya huhu...monopod utk ko amik gambar wefie heheh..Tak bawa pun takpo aih.

9.Power bank.Mudah nak cas kat mana2 pun.Aku bawak saja,biasala beli yg murah,last2 cas kat rumah je guna charger Tim haha.. 

10. Ha! secret weapon kitorang.Bawa botol mineral kosong.Ni ko beli air mineral kat sana pun,bole.Dan bawa mangkuk,or tupperware kecik.Ni untuk guna masuk toilet?eehhh??Apahal pulak?ha sebab toilet depa takde ayaq .ada kat sinki luar tu je.Ada beberapa tempat je dlm toilet yg ada air.Kalau guna bidet,xde masalah.Kalau toilet kt tempat2 stesen train tu mmg xde air dalam tuh.Ada tisu je.Bab g jepun yg aku lemah ni la.Bab toilet.Sebab tu kena bawa botol kosong dan mangkuk.Ko fahamkan?hahaa..Thanks Tim.Tim yg bawa mangkuk.Kitorang pinjam je.

11. Persediaan fizikal.Jaga kesihatan .Kalau sakit kat tempat orang,susah.Alhamdulillah aku sihat sepanjang kat sana,syukur Ya Allah.Kat sana memang berjalan je ko.Guna kaki yg Allah pinjamkan ni lah.Katanya kena latih-latih kat Malaysia jalan jauh2 supaya kat sana nanti dah biasa.Tapi aku tak berlatih pun.Sekarang ni ,kalau suruh aku jln kaki 20-25 minit,aku boleh,in sha Allah.dah terbiasa jalan kaki jauh2 masa seminggu kat sana hehe..

12.Persediaan rohani,mental.Bila solat jgn lupa doa moga Allah permudahkan perjalanan,pelihara kita.Sebelum ke Jepun,aku selalu doa agar Allah tunjukkan kebaikan-kebaikan yg ada di Jepun dan alhamdulillah doaku dimakbulkan.Kita nak berjalan bermusafir ke tempat orang.Apa yg baik,kita ambil dan yg tak baik,kita buang.Mathurat jgn lupa baca.AlQuran pun sama.Nak mudah,Dah ada smartphone download je aplikasi AlQuran tu.Tak perlu bawa Quran.Kita jaga hak Allah,Allah akan jaga kita.

13.Tukaran wang.Tukar siap-siap kat sini.Elakkan tukar di airport sebab rate dia tinggi.Tukar siap2 sebulan ke seminggu sebelum pergi.Aku minta tolong Tim tukarkan.RM 1800 ,dapat la 60,000 Yen.



Oklah,ni je kot rasanya aku nak share.Akhir kalam ,di bawah ni.Kredit utk FB Muslim Backpackers



Entry lepas ni,baru aku betul story hari nak berangkat ke sana.:)









No comments:

Post a Comment