7 September 2015

Ke Jepun kita...:)

Assalamu'alaikum minna!

Alhamdulillah,alhamdulillah wa syukrulillah

Nak story macam mana aku boleh ke jepun.Panjang ni tau aku nak cerita..Actually lama dah sebenarnya berangan dan berhajat.Kadang-kadang terfikir ,macam mana nak pergi?aku bukannya ada duit sangat (miskin weh) hahaha...tp perasaan nak pergi sana tu jadi membuak-buak bila aku asyik belek gambar2 di FB or IG berkenaan jepun.Belek gambar kat page2 agensi pelancongan.Banyak page aku like pasal jepun dan agensi pelancongan hehe..kejap tengok orang jalan-jalan kat jepun masa haru,natsu,aki dan fuyu..mana bole jadi mcm ni kataku didalam hati :p

Perasaan dan nekad nak ke sana menjadi semakin kuat ketika aku melayan gambar-gambar org layan pokok2 sakura masa bulan Mac 2014,tahun lepas la ni.Gigil tengok,badan rasa panas je haha!Hampir 2 minggu ,baru aku buat keputusan betul-betul nak kesana selepas kira-kira kewangan aku.sebulan nak simpan berapa dan sebagainya haha!ada lebih kurang dalam tempoh setahun utk ke sana.Aku cakap boleh dah ni,in sha Allah cukup.!.Aku doa pd Allah agar Allah mudahkan utk aku ke sana dan alhamdulillah..lain la kalau gaji aku ribu riban,ko takyah fikir-fikir terus je beli tiket sekelip mata kan huhu...So sejak tu aku giat la tengok macam-macam page,blog.kononnya nak pilih,nak ikut agensi mana.Aku pun terfikir nak pergi ngan sape eh?masa tu terlintas sorang je iaitu Tim!my schoolmate hehe...trus je wassap tanya.agak2 nak join tak trip jepun next year(this year lah)..tim trus balas,nak!lagi la aku happy.masa pun berlalu.terfikir juga takkan berdua je.so tanyala kat group wassap batch matri..lum ada yg bagi jawapan.Bab beli tiket,aku serah pada tim.Kitorang tersilap anggar tarikh cuti sekolah 2015.kitorang beli seminggu awal sebelum cuti pertengahan tahun.Masa beli tu,takwim rasmi belum keluar lagi.Alhamdulillah masa Ogos 2014,kitorang beli tiket bertarikh 24 Mei 2015, turun di Narita Airport.Harga return RM1025.00 .Naik AirAsia X je.Masa tu macam tak percaya aku dah beli tiket ke Jepun!aku dah selangkah untuk merealisasikan impian aku kihkihkih..Alhamdulillah tak lama selepas kitorang beli tiket,kawan aku lg sorang,Rie confirm dia nak join.Dia pun beli tiket.So dah bertiga ni,lagi la seronok.Tempat-tempat yg kitorang nak pergi,aku yg decide.Depa tak kisah,follow ja hehe..

Cuti sekolah bulan 12, kitorang settlekan pulak bayaran utk penginapan.Bayaran divide 3,sorang bayar dalam RM570.00.Penginapan aku yg cari.First time aku search kat airbnb..Tak nak duduk guesthouse sebab tak suka share,(bajet betullah ko nih:p)kalau hotel lagila.kat mana-mana,hotel tu sama je kan,pada aku la.. haha..so nak merasa la duduk rumah nihon jin ,private sket.Bulan Mac 2015,kitorang settle plak bayaran utk Japan Rail Pass yang berharga RM902..korang bole google sendiri JR Pass ni di sini.Kitorang beli melalui HIS Travel masa Matta Fair Mac 2015.Tula first time aku g Matta Fair,jakun kot haha.kalau tak,takdanya aku nak pergi.Settle sudah bayaran-bayaran kitorang sebelum pergi ke Jepun.Selebihnya ,tinggal kumpul untuk guna kat sana plak.Bila aku kira semua untuk tiket-tiket train, entrance fee dan juga pass2 tertentu serta untuk omiyage , kitorang bertiga tukar RM1800 ,convert pada Yen, kitorang just bawa 60,000 Y ke Jepun.Makan sendiri .Kitorang divide 3 barang makanan apa yg nak dibawa.

Ada lagi nak story nih hehe..Macam ni,asalnya,aku nak jalan-jalan Tokyo.aku ada la PM satu blog ni,depa ni student.aku pun bagi nama tempat -tempat yg aku nak pergi selama seminggu.Bila diorang dah reply,harganya 35** lebih termasuk penginapan,mkn dan tiket ke tempat lawatan.tu tak termasuk flight lagi,duit shopping ko lagi.Maunya 5k lebih.Kalau gitu,baik aku g umrah heheh..pada aku mahal sangat .Tapi masa tu tak terfikir plak nak ke Osaka bagai,kyoto la,apa la.Sebab tu la tiket kitorang beli turun Narita je.Alhamdulillah Rie join kitorang.Dia la yg cadang,apa kata kita try p sendiri je,tak payah tour guide.Rie tringin sgt nak ke arashiyama bamboo groove tu hehe..Lagi satu,kitorang smua teringin nak merasa naik shinkansen.so mcm rugi sgt kan p tokyo je sminggu 3k lebih.Dah la tak dapat naik shinkansen huhu..Bila kitorang fikirkan balik,mmg rugilah.So aku pun tukar plan,nak pergi sendiri,nak ke Osaka Nara Kyoto apa sume tu.Aku terfikir mcm mana nak g sendiri,nak susun itinerary.Tu yg aku terjumpa HIS TRAVEL ni,Alhamdulillah.Diorang bole tolong susunkan itinerary walaupun kita tak guna service dia.So diorang yg susunkan.Memang terbaik!

Ada la sampai 3x His Travel emailkan contoh itinerary sebab aku nak tengok kesesuaian dengan bajet cun kitorang nih hahaa...kitorang pergi selama seminggu.Hari ke 8,bertolak balik Malaysia.Bila dah dapat,aku ubah sket itinerary tu.aku tambah tempat yg aku teringin nak pergi.So alhamdulillah,settle.Bercinta gila buat itinerary tau x.siap dgn masa,naik train apa,stesen apa siap dgn harga tiket.Tak susah pun ,search je guna Hyperdia.com.Banyak sgt membantu di samping terjah-terjah blog orang.Kitorang plan ke Kansai area dulu  selama 3hari.Hari ke4 baru ke Tokyo.Kalau dah rancang awal nak ke Osaka,kitorang dah beli tiket turun kat Kansai airport je.Tapi tu lah kan.Apa pun alhamdulillah syukur.

Penat weh taip panjang.layan sket gambar kat bawah.

                                Dua sahabatku,Fatimah dan Rihanah.Thanks korang teman aku!

                                    Mr Safuan dari HIS TRAVEL.Dia yg banyak membantu.

                Tengah beli JR Pass di booth His Travel.Bertawaf gak kitorang cari booth ni.hahaha 



                       Bergambar dengan ojii san..semangat gila weh.Rasa macam da sampai Jepun 


                               Ni la Japan Rail Pass.da sampai Jepun kena tukar pass ni 




Nanti aku sambung lagi..hehe..Bawah ni total semua .Sebenarnya bole less lg dari ni.Ikut penempatan kita jenis macam mana dan juga tempat-tempat yang kita nak pergi..Kalau airasia promo,bole dpt lg kurang tu.

AirAsia X Return Ticket + luggage : RM 1025.00
Penginapan :RM 570.00
JR Pass :RM 902.00
Tambang + Entrance fees+ omiyage :RM 1800.00
Total : RM 4297.00











No comments:

Post a Comment