10 September 2015

Japan >> Joshi Tabi Starto! Day 1 (Narita-Osaka-Nara)

Assalamu'alaikum minna!

Alhamdulillah,alhamdulillah..
.Sabtu pagi (23hb May) , sebelum keluar rumah,solat musafir dulu,minta perlindungan,dari Allah.Naik bas 8.30 pagi ke Shah Alam ,tumpang rumah Tim.Lepas Maghrib,umi abah Tim hantar kitorang pergi KLIA2.Terujanya.Kitorang tunggu Rie kat airport.Flight pukul 12.45 a.m.Aku dah tak nyabo nak terbang heheh...


Then, tiba masa masuk kapal,seat aku sebelah tim je,seat 2 tepi tingkap.Jangan lupa baca doa naik kenderaan.Selawat banyak-banyak.Seat Rie belakang Tim.Perjalanan lebih kurang 7 jam.Memang aku tido je la sepanjang perjalanan tu.Share bantal leher dgn Tim.Lupa lak nak bawa.So,sawwwit hahaha..Pukul 4 lebih bangun,amik wudhu' solat subuh. Lagi setengah jam nak sampai,tak tidur dah.Kapal dah terbang rendah.Nampak la kat bawah tu sawah-sawah Jepun Eiii tak sabar nak tunggu kapal mendarat.Rasa mcm nak terjun je.Ko pehal?

 Pukul 8 pagi,selamat mendarat di Narita Airport.Alhamdulillah.Kitorang dibawa naik bas menuju ke bangunan airport.Ha,sebelum mendarat,dlm kapal,dia akan bagi Embarkation card dan custom declaration.Kena isi yg tu,wajib!Masa kat imigresen tu dia check.Embarkation card tu kena isi nama,nationality,d.o.b,no passport,pekerjaan,ko student or dah keje,tujuan ko dtg jepun.Aku sbb nak melancong,aku tick kat bahagian tourism,berapa lama ko nak stay kat jepun dan alamatnya sekali.Aku letak alamat umah kt Osaka tu.Custom declaration tu plak,ko kena declare apa yg ko bawak.KItorang semua tick NO sbb mmg takda pun.Kat bhgn B tu pun kitorang biar je sbb xde pun.Kita just bawa benda2  makanan kering.Lain la hg bawak sayur ke bwk barang mentah mmg tak bole la.



 Alhamdulillah,dah lepas imigresen,takda apa-apa masalah.First thing kena masuk toilet dulu.Tengok jamban canggih..Tak amik gambar pun.Dah settle, kitorang pergi la cari utk sewa wifi kononnya.Bila tanya,rupanya dia nak credit card so tak dapekla kitorang nak sewa.Memang hari pertama tu kitorang takda wifi.Sebab tu lah malam,baru kitorang dpt hubungi family,bls segala wassap bagai.Rumah yg kitorang duduk ada provide portable wifi.

                         Muka happy dah sampai Jepun :p.Serius time nih aku rasa mcm mimpi!

Kitorang pun pergi tingkat bawah utk tukar Japan Rail Pass utk dapatkan pass sebenar.Bila sampai,ramai dah foreigner beratuq nak tukar.Kitorang pun line up.Tempat tu ada tulis JR Pass ticket office.Sebelum beratur tu,dia akan bagi 1 form,kita kena isi nama,nationality,no passport dan tarikh bila kita start nak guna pass tu.Jangan ko silap tulis plak.Pass tu valid seminggu start dari tarikh yg kita mention sampai hari ketujuh.Lepas tu tak valid dah.Sampai je kaunter,serah kat dia passport,JR Pass yg kita beli kt Malaysia tu dgn form yg dia bg td..Kitorang tanya camna dari sini nak ke Osaka.Ada je dlm itinerary tp takpalah tanya je.Dia pun da settlekan pass kitorang,dia bagi seat yg dah reserve utk naik shinkansen,siap bg seat menghadap pemandangan yg bole nampak Mt Fuji.Baguih la hang nih.

                         JR Pass Office.beratur dalam tu.kitorang letak beg-beg kat luar je.Selamat.
                                                             Gambar ,ihsan google

                                       JR Pass yg sebenar.Valid hanya untuk JR Line sahaja.
                               Bawa ke mana sj kita pergi.Tunjuk je kat kaunter leh trus jalan.

 Seterusnya ,kitorang naik NEX (Narita Express) terus ke Shin Osaka .Sampai sana ,tukar naik shinkansen Hikari menuju ke OSAKA, lebih kurang dalam 2 jam 15 min perjalanan.Siap solat dalam tu.Sampai Osaka station pukul 3 petang.Agak lewat sbb kat Narita td lama.Biasala orang kampung baru sampai kan.hahhaa..Merasa naik shinkansen ,alhamdulillah tercapai hajat.Penat ko jangan citer la.Dengan haus lagi dan lapaq!Last makan masa maghrib semalam kt rumah Tim.Ko bayangkan,mcm pose plak aku rasa.

                                1st selfie org kampung di Jepun.Tengah tunggu NEX.

                                                            NEX mai dah!

                                                               Dalam NEX

 
                                 Shinkansen tu diaaa!kalut aku nak amik gambar masa dia sampai.

Sampai Osaka station,ramai jiddan manusia.Tau je la Nihon jin jalan punya laju,semua kejar masa.Masa tu kitorang nak cari Locker nak simpan gajah-gajah kitorang sementara nak berjalan ke tempat lain.Tak kan nak angkut plak.Alhamdulillah Allah bantu.Tanya seorang nihon jin ni,perempuan la.Dia kata follow me.Kitorang pun follow la.Dia pun mcm confuse mana tempat coin locker.Alhamdulillah jumpa.Masa nak insert coin,kitorang mana ada apa2 coin sbb lum beli apa-apa lg.Cuma Tim ada sket,dia da tukar coins ngan jiran dia masa kat Malaysia.Bila kira,tak cukup plak,Nihon jin td tu kata,takpa-takpa,guna duit sy.....haaaa yasashiiii!!so guna duit dia la.Hari pertama,org kampung da pau duit nihon jin apa cita haha..Pastu kitorang ckp la nak ke Nara.dia pun bwk kitorang turun dari situ,dia berlari ke depan smbil ckp,tunggu situ sekejap ye.Kitorang pun pelik nak ke mana aje dia ni.Rupanya dia dtg sambil bawa Map..oh my Japan???nihon jin hontou yasashii hito nan desu ne...terharu orang kampung nak..sob,sob..sambil kepenatan dia tunjukkan jalan kt map tu siap lukis belok sana cni.Ya Allah,punyala nak membantu.Memang Alhamdulillah sgt, Allah mudahkan,Allah bantu.Bila da nak blah,tanya la dia,nama apa,keje ke study.Dia pun ckp nama,dia teacher lah.Guru BI!no wonder la hg ckp bi x pelat jepun sgt huhu...kitorang salam-salam,kemudian dia trus memblahkan diri beliau di dalam kesesakan org ramai .Tak teringat nak amik gambar.MasyaAllah,rasa separuh beban dah hilang hehe..

Nak habaq mai,sebenarnya masa 1st day kat sini,3 org da bantu kitorang tunjuk jalan.Alhamdulillah syukur sgt.Sebelum pergi,kan aku dah doa agar Allah tunjukkan kebaikan yg ada di Jepun,alhamdulillah 1st day Allah dah bagi,syukran Ya Allah..

Dari Osaka station ----> Nara ,kitorang ride JR Yamatoji Rapid Service.So guna JR Pass je.Perjalanan dalam 50 minit.Masa tu dah hampir pukul 4.

                                         On the way ke Nara.muka penat + lapaq

Alhamdulillah sampai Nara lebih kurang pukul 4.45.Dah la penat,keluar dari stesen ko kena menapak ada la lebih kurang 20-25 min nak sampai tempat rusa-rusa tu.Ya Allah,sabo je.Ku gagahi jua demi jepun haha..Kitorang decide takyah gi Kobe.Memandangkan dah lewat.Kalau pergi,nanti sampai Osaka dah lewat.Nak cari rumah lagi so takpelah.Ku korbankan Kobe..waaaaa sedih,menyesal bila da balik sini tak ke Kobe.Dalam itinerary memang susun after ke Nara,nak ke Kobe.Kitorang ambil masa dlm sejam lebih di Nara.Hajat nak tengok rusa banyak-banyak.Nara ada banyak rusa liar.Ko bole beli rice cracker bagi depa makan.Aku tak beli pun.

                                                               Stesen Nara











Jam da hampir Maghrib,kitorang pun baliklah.Masa jalan ke stesen,singgah jap 7e.First time kitorang masuk 7E sini.Tengah lapo rasa mcm smua benda aku nak telan.Aku beli air kotak kopi n onigiri tuna.

                              Starbucks yg kecik brp ML tu 600 Yen.Duit kita dlm 18 ringgit je...



Beli juga air mineral ,air dari vending machine dia sejuk gila!Ok,mari teruskan perjalanan.Route nya sama macam tadi nak balik ke Osaka station,naik train yg sama.Sampai Osaka, kitorang amik luggage,bermulalah perjalanan utk heret gajah-gajah tu balik.Osaka station penuh sesak.Kitorang sewa umah tu di SenbayashiOmiya.So dari osaka ke Senbayashi Omiya,ko kena jalan ke HigashiUmeda selama 10 minit.Ya Robbi,memang penat gila!Jalan la kitorang sambil heret gajah di station yg sesak tu,kena tengok betul2 sbb banyak sign ,jgn silap naik train plak.Ha, sampai pun di Higashi Umeda,terus aku teringat Umeda sensei dlm drama HanaKimi tu.Kitorang amik Osaka Subway City Tanimachi Line.Yg ni bkn JR Line,so ko kena beli tiket 240 Yen.Masa ni la Rie ajar cmna nak beli tiket kat mesin.Senang je.Jauhnya dalam 12 min,sampai la kt SenbayashiOmiya.Dalam gerabak train tu,kitorang je org luar.Dah la train sesak,kitorang berdiri je,Masa masuk train tu,Nihon Jin tengok je.Dah masuk,takda sapa pandang dah.Depa tak heran org pun huhu..

                                             Rie jd cikgu jap ajar cara beli tiket kat mesin

Sampai stesen SenbayashiOmiya,turun jalan.Baru jalan sket dlm subway tu,jumpa tangga!Tinggi gak la.igt satu je.Belok sket,ada lagi satu!Nanja korya???!aku gelarkan neraka hahah...ye la,ko bygkan da penat gila,non stop,tak makan apa pun lagi,jalan je lebih.Tu aku ckp,org jepun ni mmg suka tangga eh hahaa..sebab tu depa sihat.Kaki jgn ckp la.Tapak kaki tak sakit.Sakit kat jari-jari ni,berdenyut.Keluar dari subway,belok kanan,depan sket,belok kiri,lalu sepanjang tunnel tu ada la dlm 10 min jalan,baru nampak apartment rumah kitorang ..masa tu da pukul 9.30 mlm.Senyap sunyi jalan.Tunnel tu kiri kanan kedai.Kedai kecik je mcm kedai kat kampung-kampung.Umah kat tingkat 5.Naik lif ,baru la sampai.Ada no code nak bukak pintu.

                                       Berjaya sampai depan pintu rumah hahaha...

Selamat sampai,trus mandi,solat then makan.Makan mcm org kebuluq tak makan berapa hari tu hahahah!Nikmatnya...Alhamdulillah selesai joshitabi masa first day..mcm ni rupanya jalan sendiri kat jepun.ko nak sgt kan.rasain lo!penat kaki,hahahKami pun tidur dgn nyenyaknya,bilik ada aircond hehehe..Zzzzz...Ok, sambung hari kedua pulak ye nanti:)





 

No comments:

Post a Comment