11 September 2015

Japan >> Joshi Tabi Day 3 (Arashiyama Bamboo Forest - Osaka Owl Cafe)

Assalamu'alaikum semua :)

26 Mei 2015.....TUESDAY

Hari ke 3 ,kita ke Kyoto plak.Tempat yg Rie impikan nak pergi iaitu Arashiyama Bamboo Groove huhu...Tapi kan,ada 3 tempat kitorang tak p.Penat punya pasal.Tak ke mana pun.Da kat hutan buluh tu pastu belok ke mana ntah,jumpa tempat apa, aku pun tak tahu orang panggil apa nama tempat tu.Siap lepak,makan-makan dan solat kat situ.Pastu,kitorang terus balik Osaka untuk pergi Osaka Owl Cafe tu.Nyesal sungguh tak p Fushimi Inari Shrine yg banyak tiang oren tu,dan tak ke Gion.Takpelah,pergi dalam mimpi je huhu...



Berhadapan apartment yg kitorang duduk
On da way nak ke station.
 Ok,macam biasalah rutin pagi.Dh siap keluar terus ke SenbayashiOmiya nak ke Osaka St.So naik   Osaka City Subway Tanimachi Line ,turun di Higashi Umeda St.Bayar 240 yen tiket.11 minit sampai.Pastu,kena jalan selama 9 minit nak Osaka St.Redah jalan dalam subway dengan ribuan nihon jin semua nak pergi kerja.Sampai Osaka St, nak ke Shin Osaka kena naik JR Kyoto Line.Free pakai JR Pass,3 min je dah sampai.Dari Shin Osaka ke Kyoto naik JR Tokaido Sanyo Main Line.Perjalanan dalam 24 minit dah sampai Kyoto.Dari Kyoto naik train lain plak, naik JR Sagano Line ke SagaArashiyama.Yang ni jaraknya 21 minit .Barula ko sampai betul kat Arashiyama Bamboo Groove.Bole kira tak berapa kali tukar train.Keluar masuk keluar masuk train je kejenya.Penat Mak Jemah.



Abam hemsem tak perasan kita amik gambo dia haha...
Berseri kan muka orang kampung pagi ni :p

Ok,turun train,jalan terus nanti nampak tangga,turun ,terus ke kanan.Jalan je ikut sign Bamboo Forest.Kalau ada ARASHI kan best.Takpelah.Arashiyama Hutan buluh tu pun bolelah haha..Nanti ko akan lalu depan sekolah.Sempoi je mcm sekolah kampung.Laluan dia mcm laluan kampung.Ramai gak masa tu.Kitorang sampai lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.Banyak kumpulan rombongan time kitorang pergi ni.

SagaArashiyama Station

View sepanjang laluan ke Arashiyama Bamboo Groove


Bersih je.sampah di cover macam ni

Hari tu,banyak sgt rombongan tourist dan bebudak high school

Nampak dah Bamboo Groove...subhanallah,tempatnya sejuk dan menenangkan.Indahnya ciptaan mu Ya Allah....


Fatimah Mohamed Badri
Rihanah Bakhari
Aku...






Selfie org kampung di Bamboo Groove haha
Banyak rombongan budak high school.Asal diorang nak lalu,aku mesti nak usya ada tak sensei yg hensem-hensem hahaa....ada la yg muda-muda 2 ,3 org..gatai betui hg ni tiqah :p. Lebih kurang sejam kat Hutan Buluh,kitorang pun keluar dari situ.Nak menuju stesenlah kononnya.Tim dan Rie siap singgah kedai Green Tea beli aiskrim green tea.Siap share ko huhu harga berapa ratus yen ntah tak ingat.Aku tak merasa sbb tak minat.

Comei kan basnya.Ni lalu depan kindergarten

Nani???selpiaq sakan kat jepun..








Singgah Family Mart.Masuk beli air kotak,onigiri dgn dorayaki buat lunch huhu...

Lunch yg ringan-ringan je.Bekal yg kitorang bawa dari Malaysia buat dinner huhu..
Kenapa ntah kitorang tak p Fushimi Inari.Bole plak p patah balik,ada lorong kat situ,tengok ramai sgt orang,tourist pun ramai lalu kat situ.Kitorang pun follow je..Masa tu dah pukul 11 lebih.Follow sampai hujung.Apa ek nama lorong tu tak ingat dah.

Penampakan makhluk berkimono haha..kredit utk Tim.ambil dari FB Tim








 Rupanya ada mcm temple ke apa ntah.Besar jugalah.Tak ramai sgt org.

Kitorang makan,rest dan solat kt rumput tepi belah kanan tu..



Jam pukul 2.30 ptg,kitorang nak gerak ke Osaka pulak.Route nak balik sama mcm nak pergi td.Terus ke Osaka.Sampai Osaka, terus berjalan selama 11 minit menuju ke Kitashinchi Station.Dari Kitashinchi ke Osakatemmangu St, naik JR Gakkentoshi Line Rapid Service, dekat je 2 minit naik dah sampai.Kitorang nak ke Osaka Owl Cafe.Aku la yg nak sgt pergi sini.Masa nak buat itinerary,aku google owl cafe.Tokyo ada juga.Tapi fikir,masa kat Tokyo jadual padat,so celah mana nak pergi.So aku pilih yg kat Osaka ni.Google cafe ni kalau dah keluar dari subway Osakatemmangu nak jalan ke arah mana.Alhamdulillah terjumpa satu blog minah saleh tu,siap bagitau belok sana,jalan mana.So,aku ikut yang tu je.

Dari stesen Osakatemmangu tu,cari east exit dan belok kanan.Dah belok kanan,jalan straight je sampai la jumpa Shinsaibashi Shopping tunnel.Tunnel tu sebelah kiri so kena seberang jalan,masuk tunnel shopping tu.Dah masuk,jalan je terus.Kafe tu sebelah kiri.So masa jalan,aku tengok kiri je mana tak jumpa-jumpa.Lama gak jalan hampir 10 minit,tunnel tu panjang.Sampai aku tanya pekedai okonomiyaki,tanya kat mana.Dia kata depan lagi sket.Legalah.Takut sesat je.Alhamdulillah hampir hujung tunnel baru jumpa Owl Cafe ni.Masa aku sampai,takde orang kat depan kafe.Aku tolak pintu,org dalam tu kata sebentar.Dia pun datang ,amik nama dan berapa orang yang nak masuk.So turn kitorang pukul 5 nanti..Masa aku jenguk tu,diorang tengah sakan main dgn owl.Nak masuk dalam ni,tempoh sejam je.Dia akan bagi penerangan dalam 15 minit,lepas tu barula bole main,pegang owl tu.Cafe ni sederhana je.Bole muat dalam 15 orang dalam satu masa.So kitorang tunggu la kat luar tu.Masa tunggu tu,ada la tourist lain dtg bagi nama nak masuk.


Sementara tunggu turn,bergambo dulu
Dah pukul 5, customer yg sebelum tu,keluar.Dah habis customer keluar,pekerja dia bawa list nama dan panggil nama-nama yg booking tadi.Kitorang pun masuk.Ada meja kerusi,duduk la meja mana pun.Dah duduk pelayan datang amik order minuman.Bila ditanya rupanya harga 1500 YEN .Sebelum ni search google katanya 1000 Yen..So tambah la lagi 500 yen.Dah order,ketua kedai tu datang ke depan tempat owl-owl tu dan mula la bagi penerangan dalam nihon go.Wak lu igt semua org faham ke huhu..aku faham sket2 je.Ada gak campur bi tp sgt sket dan org tu ckp non stop dan laju...Kitorang dengar je lah..Abih 15minit,dia panggil semua customer main burung hantu ni.Bole amik gambo tapi tanpa flash.Tak semua owl yg dalam kafe tu bole disentuh.Ada yg di rak tu,semua tak bole disentuh.Bole tengok je.Takde plak owl tu sibuk nak terbang,mengamuk ke apa.Depa duk diam je.Setiap owl tu ada nama.Comel jek..

Dekorasi dalam owl cafe..

Nampak tak beg biru kat bawah tu.Tu tempat seat kitorang,saja nak habaq haha



Harga owl,kot kalau ada yang nak beli.
Ok,time to play! hahaa..aku dengan Tim je.Rie tidak berminat.



Lawak muka owl yg nih..
Kakkoi la awak ni :)
Aku terkejut sebab kepala dia bole toleh pusing sampai ke belakang haha!
Diam je owl yg ni.Besar kot
Yang ni owl paling kecik.Muda lagi.Namanya baby
Bole usap belakang kepala,jangan usap bahagian depan atau perut.Kang kena patuk.Bole je nak letak atas bahu atau kepala.Aku letak kat tangan je.Puas dah pegang huhu..Gambar bawah ni antara owl yg tak bole disentuh.Semua kat rak.Hang jangan gatai nak pegang plak.Tengok saja


Yang 2 ekor ni paling besar.Besar gila.Muka Yakuza abis ,ganas haha...
Semua mata nak terpejam-pejam.Masa depa tidoq kot.Gomen ne sebab kacau haha.
Jam pukul 6.Dalam 6.05 keluar dari kafe.Jalan balik ke stesen la pulak.Seronok dapat pegang owl.Comel diorang nih.Rugi ko tak pegang tau haha..Dari Osakatemmangu St ke Minamimorimachi St kena jalan kaki selama 5 minit.Dah sampai Minamimorimachi St, kita naik Osaka City Subway Tanimachi Line menuju ke SenbayashiOmiya.Bayar tiket 240 Yen.Perjalanan selama 15 minit,sampai sudah di stesen SenbayashiOmiya.Sampai lebih kurang pukul 7.00 lebih.Hari ketiga ni la baru merasa balik awal..hehe..Alhamdulillah...

Ni la tangga yg kitorang naik turun tiap hari dari stesen ke rumah kitorang.Ada 2 tangga yg tinggi nya mcm ni.Bawah dari Tim tu ada anak tangga lagi tu.
Laluan ke rumah..
 Sampai rumah awal,mandi solat dan korek la makanan utk dinner huhu.Malam last di Osaka.Esok nak gerak ke Tokyo plak...Gigih ngemas malam tu.Ok,jumpa lagi utk next entry.Oyasumi minna!





































No comments:

Post a Comment