4 September 2015

Kembara Musafir




Bismillah...

Kembara, mengembara, bermusafir ..siapa yang tak suka mengembara kan atau dalam bahasa jawanya 'travel' hahaha..

Firman Allah dalam surah Al-Mulk :15

" Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula "

Di sini kita dapat lihat betapa orang-orang Islam digalakkan utk bermusafir,mengembara melihat alam ciptaan Allah dalam rangka utk menambah keimanan kepada Allah.Maha Suci Allah yg menciptakan alam ini.Gunalah semua nikmat-nikmat yg Allah pinjamkan pada diri kita ni dengan sebaik-baiknya semasa kita menjelajah bumi Allah.Paling penting,niat kita.Sebab apa kita nak mengembara.Nak suka-suki je ke,nak apa ke.Orang pergi bermusafir atas sebab-sebab tertentu.Ada yg menuntut ilmu,ziarah sahabat,saudara mara,cari rezeki, berjihad atau untuk mentadabbur alam.Alam Allah ini luas terbentang utk kita jelajahi dan fikirkan akan kebesaran Allah.

Bila nak bermusafir ,ada adab-adab yg perlu kita jaga.Bila kita jaga hak Allah,Allah akan jaga hak kita.Alhamdulillah sepanjang usia hidup aku ni, Allah beri peluang aku pergi ke 3 buah negara ni.First, Medan,Indonesia (Jun 2010), 2nd, Brunei (Mac 2014) dan 3rd, Jepun (Mei 2015).3 ni je la negara yg aku baru jejakkan kaki hehe..nak banding dengan orang-orang kat luar tu lagi merata alam diorang dah jelajah.Alhamdulillah syukur Ya Allah...bila sekali dah bermusafir ke negara orang,mesti selepas tu anda akan rasa nak jalan lagi,nak pergi travel lagi.Macam tu la yg aku rasakan sekarang ni,cumanyaaaaa............kawaisou da ne...korang sambunglah sendiri :p

Nanti aku akan share my journey to japan. matte ne!

No comments:

Post a Comment